Tahun 2013
Madihah telah mengalami sakit kepala hingga matanya juling sebelah kanan, akibatnya saya telah membawa ke Klinik Pakar Mata, Hospital Serdang pada 17 September 2013. Hasil semua peringkat ujian mata mendapati keputusan yang amat lemah dan pada ujian terakhir CTScan telah mendapati terdapat ketumbuhan dalam kepala Madihah.
Sejak itu bermulalah kisah hidup Madihah terus bertukar dari kesibukan untuk menghadapi peperiksaan SPM kepada kesibukan untuk membuat rawatan Tumor jenis Brain Germinoma. Madihah diberi pilihan hospital untuk meneruskan rawatan iaitu HKL, HUKM, HSB dan PPUM. Saya dan suami memilih HKL kerana kebanyakan saudara dan sahabat menyarankan kepakaran HKL disamping saya telah biasa dengan persekitaran HKL.
Selepas zohor, saya dan Madihah menaiki ambulan untuk dibawa ke HKL-ICU. Kawan-kawan sekelas Madihah datang ke HKL dan hingga ke wad memberikan sokongan sebelum menjalani pembedahan.
Pada 19 September 2013 di wad Neuro 6A, HKL jam 4.00 petang Madihah masuk ke bilik pembedahan. Selesai dibawa ke wad pada jam 8.00 malam. Dibenarkan pulang pada 24 September 2013.
Sesi pembedahan dilakukan oleh Mr Azmi bertujuan untuk diambil sampel ketumbuhan dan disedut air dalam otaknya yang tersekat akibat ada ketumbuhan yang menyebabkan air penuh dan kerap sakit kepala.
Semasa pembedahan berlangsung kami berserah kepada Maha Esa dan mengharapkan yang terbaik dan semoga dapat menyembuhkan anak kami.
Cuti sakit selama 40 hari.
Masih ingat tarikh kelahirannya dan sentiasa bertanya tarikh setiap hari.
Sambutan kelahiran Madihah disambut bersama kawan-kawan kelas SMIP dan Ust Asyrul yang datang meraikan sambil ziarah.
Klinik Pakar Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Klinik Pakar Radioterapi dan Onkologi, HKL
Klinik Pakar Endocrine, HKL
Klinik Pakar Neurologi, Hospital Rehabilitasi Cheras(HRC)
Unit Fisioterapi, HRC
Unit OT, HRC
Unit Pertuturan, HRC

No comments:
Post a Comment